Friday, June 17, 2011

PHO'HOA VIETNAMESE RESTAURANT |THE MINES|

Ini restaurant sangat rare nak jumpa sebab ni restaurant vietnamese yang halal dan kita berpeluang la nak merasa makanan dari Vietnam ni. Aku ni pon memang tak pernah rasa food vietnam ni dan ini peluang terbaik untuk merasa food kat sini. 

Kami order satu mangkuk Beef Noodle (RM13.00), beef noodle ni bukan takat letak daging lembu aje, ada jugak dia letak perut, bahagian daging yang lembut (yang selalu untuk sup gearbox tu) pehtu ada kitab (perut lembu bahagian luaran. Memang sedap sup ni sebab sup tu sendiri dari stok daging dan rasa sup tu cukup rasa. Dihidang dengan side sambal, sambal tu ada rasa macam asam pedas punya paste, sangat sedap bila campur. Selain dari Beef noodle nie, kami order gak fried spring roll (RM1.30/piece) and yang ni memang level geleng kepala ya'amat sebab kat sana memang famous dengan spring roll yang mentah dan yang goreng gini, ala ala macam popiah S.S Ali gitu kat malaysia ni. Pehtu kami pon try steamboat set (RM50), yang ni ada 2 set, leh mintak set daging atau nak set seafood pon boleh jadi kami ambik seafood sebab dah makan beef noodle. Yang uniknya steamboat ni adalah bekas sup dia, dia tak gune eletrik pon, pakai arang untuk panaskan kuah dia,memang unik. 

Selain dari itu, daya tarikan kat sini adalah kopi dia, kopi vietnam ni dia unik sikit sebab dia akan hidang kat kita sambil kopi tu tengah ditapis lagi dalam gelas (menggunakan alat unik untuk menapis kopi) dah siap letak susu dalam tu. Kalau panas dia terus serve dalam tu, tapi kalau order sejuk, dia akan hidangkan satu gelas yang ada ais dan gelas tu pon dah di frozenkan siap siap and then buh air tu panas panas. Perghhhhh...memang terbaik kopi dia and aku boleh cakap kopi dia lagi sedap dari white coffee tau. :) Jadi bagi yang berminat kedai ni ada kat mines and ada jugak kat the curve, jadi selamat mencuba!










TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM 12.50 - RM55.00
OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
Lot No L1-96A, Level 1
The Mines
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
603-8941 1854

Tuesday, June 07, 2011

FISKE STEAKHOUSE |KERAMAT|

Western time!!! Dah lama bebenor tak makan western dan tetiba teringin nak makan, ini pon sebab disuggest oleh kakak sendiri untuk mencube sendiri food dekat tempat ni. Lokasi di keramat belakang jusco setiawangsa dan berdepan dengan kilang kilang korang pasti akan perasan restoran ni kalau korang lalu dekat keramat AU2 tu.

Simple dan basic pada aku menjadi sumber inspirasi owner kedai ni kot sebab kalau tengok food item dia tak banyak and ada repeat item yang di "add value" menjadikan ia lebih menarik dan pada aku sangat berjaya dari segi komersial. Jadi malam tu kami order Special Chicken Chop dan Normal Lamb Chop, apa yang membezakan normal dengan special adalah penambahan spegethi dalam hidangan.  Portion food dia sangat besar dan banyak membuatkan harga dia sangat berpatutan. Apa yang menarik disini lagi adalah sos dia, black pepper sauce dia sangat sedap, dapat rasa lada hitam dia dengan gabungan sauce dia tu buat ia sungguh sempurna. Kami pon ada Chicken Soup with Garlic bread, soup dia sedap, siap ada ketul2 ayam lagi dalam tu dan roti dia ok la sebab dia sapu garlic butter so ada la rasa garlic tu dan memang sesuai makan dengan soup dia. Selain dari western, ada jugak daya tarikan lain iaitu ikan asam pedas dia, aku tak sempat order sebab dah kenyang sangat tapi ramai gak orang kat situ order yang ni. Owh sebelum terlupa, sate kat sini pon sangat best, dia dah siap ada set dengan harga RM5.50 kita leh dapat set sate 3cucuk ayam dan 3 cucuk daging beserta dengan nasi himpit, sape nak bagi set camni!? dengan sate dia yang gemok gemok ala sate kajang gitu. Memang berpuas hati wehh...Kalau korang tak pernah datang, sila la ke sini dengan kadar segera :D







TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM 5.50 - RM25.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
NO K4, MEDAN SELERA AU2, TAMAN DESA KERAMAT

Sunday, June 05, 2011

TEOCHEW CENDOL |PENANG|

Pelengkap jamuan harian kita adalah pencuci mulut, pencuci mulut biasanya adalah hidangan yang manis dan tak terlampau berat hidangan dan kuantitinya. Sekali lagi jika anda berpeluang ke Pulau Pinang jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati satu lagi signature dish di penang selain nasi kandar iaitu CENDOL!!! Sesetengah orang cuma tau cendul ni kuasa mutlak milik kaum india tapi tidak di penang ni sebab kaum cina pon antara kuasa besar dalam menjual cendol nie dan terbukti dengan adanya kedai ni yang dah hampir 50tahun berniaga kat tepi lorong nie. 

Cendol, gabungan ais kisar, santan, gula merah, cendul dan ada sampingan letak kacang ataupun pulut.Yang menariknya kat sini adalah air gula dia, memang pekat dan cukup manis dia bila makan dengan santan dia ni, pada aku penggunaan kapur dalam cendul dia ni tak kuat sangat sebab rasa kapur dia tak de la teruk sangat berbanding cendul lain. Selain dari itu, cendul dia sendiri dah unik sebab cendul dia kenyal kenyal dan halus tak seperti cendul yang biasa macam lembik lembik je kan. Jadi tak terkejut la tempat dia ni jadi tarikan sampai si PHUA CHU KANG pon makan sini, itu menunjukkan betapa hebatnya tarikan kedai ni. Selain dari menjual cendul ada jugak dia jual ABC dan air teh bunga untuk menghilangkan dahaga. Gerai ni dibuka seawal jam 9.00pagi dan berakhir jam 7.30petang setiap hari dan tutup pada hari raya cina (layak la kan).






TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM 1.90 - RM2.50
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
OFF PENANG ROAD, ON LEBUH KENG KWEE
11600, GEORGETOWN, PULAU PINANG

Saturday, June 04, 2011

WARUNG KOPI YUSUFF |PENANG|

BREAKFAST! Penting bagi seseorang individu itu untuk mengambil sarapan pagi sebagai sumber tenaga bagi sepanjang hari, jadi tak salah la kata orang bijak "BREAKFAST LIKE A KING" dimana kita perlu breakfast secukupnya bagi menempuh hidup sepanjang hari tu. Minggu penang masih lagi belum berakhir, dan bagi yang masih lagi berada ataupon memang duduk kat penang korang tak boleh lepaskan peluang untuk merasa sendiri bersarapan di warung kopi yusuff ni. Lokasi dia sangat senang, korang tau pasar chowrasta? pasar yang dok jual jeruk2 dan macam macam lagi tu yang berdepan dengan balai polis penang? Korang pasti akan perasan warung ni sebab betul betul depan balai and sebelah pasar chowrasta nie. Menu utama di pagi hari adalah nasi lemak BT (bilis telur), I (ikan), U (udang) ni yang tokei kedai tu cakap la sebab kat atas nasi lemak tu dah tertulis sume tu bagi memudahkan sume orang. Selain dari itu, ada jugak kuih2 seperti karipap, samosa, vadei, dan roti bakar. Apa yang menariknya roti bakar tu dia bukan pakai toaster tapi pakai arang untuk bakar roti benggali tu. 

Lagi yang menarik kat sini adalah teh tarik dia, dah nama mamak buat, teh tarik dia memang cukup pekat cukup manis dia memang ngam la makan dengan lauk sarapan yang dia sediakan. Tak cukup dengan tu, kami order lak telur setengah masak, dierang dah tolong pecahkan telor and letak dalam gelas siap siap dah dan sangat memudahkan orang. Ini yang menariknya, bersarapan kat tengah tengah pulau pinang dengan kesibukan orang dipasar dan di tepi jalan kereta pon banyak sambil menikmati sarapan yang lengkap dan enak, PRICELESS :D









TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM 2.00 - RM 6.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
WARUNG KOPI YUSUFF
JALAN CHOWRASTA
11600, GEORGETOWN, PULAU PINANG

Friday, June 03, 2011

NASI GANJA (NASI KANDAR JAMAL MOHAMED) |BUTTERWORTH PULAU PINANG|

Jangan korang terpedaya dengan nama nasi ni, dan jangan la rasa was was pulak, nasi ganja tak bermaksud dierang letak ganja dalam nasi tu sebagai pelaris tapi lebih kepada nasi kandar yang buat orang tak berenti nak makan dan akan teringat memanjang kat kedai makan ni. Jadi kalau anda singgah ke penang dan sebelum anda nak naik feri ke, jambatan ke untuk ke pulau, singgah kat butterworth dulu, singgah kat gerai nasi ganja ni, gerai kecik dia ni bukak jam 11.00 malam dan keatas kat tepi jalan, tapi jangan risau, pagi pon dia dah bukak kat sebelah je dengan gerai dia bukak ni dia ada restoran dia (sebab taknak bayar permit 24jam dia bukak camni la) 

Apa yang membuatkan orang beratur panjang nak makan sangat nasi ganja dia ni terletak kat nasi dia, nasi dia bukan hidang nasi putih macam kandar biasa, tapi dia hidang nasi minyak (bukan macam kenduri tu,yang tu kaler kuning kuning....yang ni kaler putih) dan sangat berlemak dan sangat serasi dengan semua jenis kari yang dia campur. Memang geleng kepala punya. Menghidangkan pelbagai jenis lauk seperti ayam goreng, ayam kari, ikan bawal goreng, sotong, pendek kata semua jenis lauk nasi kandar dia ada jual dan yang paling menusuk kalbu aku adalah telor sotong dia, ini memang terbaik makan dengan nasi dia. Hehehe....ini destinasi wajib bagi yang ke Penang.

Lokasi kedai ni senang je, kedai dia bertentangan dengan telekom butterworth. Korang kalau jumpe telekom ni korang akan senang je nak jumpe kedai makan nie :)







TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM 6.00 - RM 12.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
RESTORAN NASI KANDAR JAMAL MOHAMED
JALAN TELEKOM
12000 BUTTERWORTH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...