Monday, May 30, 2011

NASI KANDAR LINE CLEAR |PENANG|

Line clear!!!!! Ramai benor orang kata kalau pegi penang tak sah kalau tak pegi makan kat line clear nie, macam  tak lengkap kalau kesana, jadi bila aku ada peluang kesana aku apa lagi, rembat la kesana. Kedai di Jalan Penang tu kecik je lorong dia, kedai betul betul bersebelahan restoran nasi kandar yasmeen.

As standard nasi kandar biasa la nasi berlauk dan kari yang banyak dan yang special kat kedai ni is air tangan mamak tu kot, dia ambik lauk selamber je pegang dengan tangan, kalau sesapa yang hygiene concern tu maybe korang tak makan kot tapi aku dah alang alang dah sampai ape salahnya makan sudah. Kami order standard la ayam (quarter part) tambah lak pedal dan hati ayam kena RM9.00, puas hati la food banyak dan everage makanan kami lebuih kurang range ni aje.

Nasi kandar dia memang terbaik, campuran kari dia sangat sebati dengan nasi dia dan rasa lauk lauk dia sangatlah sedap dan boleh buat kita geleng kepala bila kita makan nasi kandar kat sini. Nasi kandar Kayu ke, nasi kandar nasmir ke, nasi kandar pelita ke semua tu dah boleh tolak tepi la :) Recommended if korang datang ke penang :)








TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM 6.00 - RM 12.00
OVERALL: RECOMMENDED
ADDRESS:
Penang Road, Alley next to 177, 11600, Georgetown, Pulau Pinang

Friday, May 27, 2011

GARDEN LIFESTYLE STORE & CAFE |CURVE DAMANSARA|

GARDEN!!! Nama pon dah taman, so, dalam fikiran kita mesti pikir pasal dedaunan hijau dan bagai bagai la korang nak pikir pasal taman, tapi dah nama pon food blog, jadi mesti la ada kaitan dengan makanan, memperkenalkan GARDEN RESTAURANT, rasanya kalau korang selalu pegi Curve or e-Curve korang akan perasan Restaurant ni. Berkonsepkan seperti dalam taman, memang restaurant ni penuh dengan daun daun la. 

Food lebh tertumpu kepada western food seperti steak, lamb, chicken tu standard la mana mana pon ada and restaurant ni pon tak ketinggalan untuk sediakan food food gini. Selain dari tu, kalau korang dok teringin makan nasi lemak pon ada jugak. Kalau korang tak suke makan daging or ayam je, korang leh jugak order spagethi  kat sini and pada aku not bad la food dia dengan portion yang sangat banyak. Dulu aku takut gak nak masuk kedai ni kot kot la mahal sangat food kat sini, tapi bila dah masuk price dia ok la tak lah mahal sangat.

Masa kami makan tu kami order LAMB SHANK, PECKING DUCK PASTA dan tak ketinggalan apertizer kami order SOFT SHELL CRAB WITH ARUGULA SALAD. Bab size food memang sangat sangat berbaloi, lamb shank tu sangat besar, lagi besar dari lamb shank kat CHILIS RESTAURANT (REFER THREAD AKU YANG LEPAS) and sauce pulak dierang ni buat sauce basic je which is brown sauce and pada aku dah cukup sebab yang penting nak rasa daging tu je. Pecking Duck Pasta pulak memang tak mengecewakan sebab pasta tu sendiri dah cukup lembut dan dia pakai brown sauce gak sebagai basic untuk resipi ni yang dilengkapkan dengan hirisan daging itik panggang yang sangat lembut :) . Dan last sekali Soft Shell crab, nama pon soft, so leh terus makan dengan kulit kulit dia sebab sangat lembut, yang ni ketam tu berminyak sikit and rasa segar ketam tu hilang tapi sedap le sebab dah nama pon benda bergoreng, benda benda kolestrol tinggi ni memang sedap. Ketam tu dilengkapkan dengan sos mayonaise jepon dan caviar kat atas dia. Pehtu nak komen air dia, air kat sini harga berpatutan, dalam RM3.50 dah leh dapat ice lemon tea yang banyak.  Jadi sebagai pencuci mulut tu nak la try cake dia, kami try la exotic manggo pineapple cake diam pada aku cake ni terlalu strong as in rasa dia terlalu tajam and sangat masam and tak sesuai dijadikan pencuci mulut sebab pada aku pencuci mulut patut light je rasa and manis and tak terlalu masam ya amat. Tapi secara keseluruhannya food kat sini aku berpuas hati dengan apa aku bayar dan sangat teruja dengan presentation dia :)









TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 5.00 - RM 120.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
Lot G41, Ground Floor, The CurveMutiara Damansara

Saturday, May 21, 2011

AL-FATIHAH BUAT MANGSA MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH HULU LANGAT

Walaupon blog ni kita menceritakan tentang makanan, ada juga yang terpaksa menahan lapar dan dahaga, jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan takziah kepada mangsa Tragedi tanah runtuh Hulu Langat, Ya Allah berikanlah kesenangan kepada mereka dan memudahkan operasi mencari mereka mereka yang masih terkandas dan semoga semua selamat -amin




***SUMBER BERITA HARIAN

Friday, May 20, 2011

WARUNG ROHIM |SG.PENCHALA|

Kepada yang gemar bersarapan diwaktu pagi? Ini sebenarnya kepada yang memang suka bangun pagi awal dan menikmati sarapan yang lazat. Orang bijak ada mengatakan, BREAKFAST LIKE A KING jadi tak salah la kalau kita makan pagi banyak2 sebab kita nak bekerja dan banyak menggunakan tenaga ya dak? Kalau dah bosan asyik makan roti canai je mai kita try makan kat Warung Rohim ni, kedai dia betul betul depan building MOFAZ and depan NAZA kat Sg. Penchala ni. 

Untuk pengetahuan korang, kedai ni pernah masuk JALAN JALAN CARI MAKAN musim yang baru ni, jadi tempat ni pon famous dah lama dah dengan penduduk setempat. Apa yang best kat sini breakfast dia ada pelbagai jenis hidangan yang diarang ada, yang standard tu nasi lemak ayam goreng, telor setengah masak dan roti bakar, yang lebih menarik ada nasi kerabu, laksam, pulut ikan masin dan kuih kuih dari pantai timur dan kuih kuih biasa. Memang terbaik dari sudut susah nak dapat food pantai timur yang pada aku sangatlah sedap dan unik untuk bersarapan. Lagi satu yang menariknya telor setengah masak tu kita boleh pilih nak telor kampung atau telor bandor and for sure aku makan telor kampong dulu! :)

Waktu operasi kedai ni kejap aje dan sangat terhad, dibuka seawal jam 7pagi dan dijangka habis dalam pukul 10pagi dan tutup lebih kurang time time tu je sebab memang ramai orang datang. Masa aku sampai tu pukul 7 tepat tu pon dah ramai orang dok beli belah kat situ, so, my advice anda kena datang awal untuk rasa bekpes kat sini :) 





TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 3.00 - RM8.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
DEPAN MOFAZ SG.PENCHALA :)

Saturday, May 14, 2011

AUTHENTIC THAI CUISINE |THAI BAZAAR GIANT KJ|

Korang pernah tak rasa macam nak makan masakan asli dari Thai tapi tak mampu nak pegi sampai ke Thailand sana? Jadi kita tak perlu susah susah nak kesana sebab dierang dah bawak food dierang kepada kita. Kalau korang berdekatan dengan Giant Kelana Jaya jangan lepaskan peluang sebab sekarang ada Bazaar Thai kat area parking dierang and kat sini jugak dierang jual food yang memang dari sana.  AUTHENTIC THAI CUISINE, korang kena cuba sebab signature dish negara gajah putih tu ada kat sini. Dari tomyam, somtam, pulut mangga dan sampai ke pencuci mulut yang sejuk semua ada dekat sini. Dengan harga yang sangat berpatutan pada aku takde alasan untuk korang rasa. Apa yang uniknya pada aku adalah Thai Laksa dierang, kuah dia kuning kuning dan sangat pekat dan padat dengan rempah rempah asia yang membuatkan kita geleng kepala, kepada yang tak tahan pedas tidak digalakkan untuk mencuba sebab sangatlah pedas. Selain mee, laksa, ada jugak nasi goreng seafood ala thai yang sangat stimulatekan rasa nak cuba korang bila orang orang kat situ makan.

Apa yang aku tak tahan is pulut mangga dia, ya'allah, sangat lah berlemak pulut dia dengan lembut lagi, ada wangi pada pulut tu, dipadankan lagi dengan isi mangga yang manis dan banyak pehtu dilengkapkan lagi dengan santan pekat pulak..memang geleng kepala lah kalau makan! Ini mesti cuba! Aku baru cuba sebahagian dari food sini dan aku pasti akan datang lagi untuk mencuba yang lain. :) Selamat mencuba!







TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 5.00 - RM12.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
No. 2 - 8, SS 6/3 
Pusat Bandar Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor.
Tel: 03-7803 2345
Fax: 03-7806 2420
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...