Thursday, April 28, 2011

CONEPIZZA | SUNWAY PYRAMID |

PiZZA!!!! Italian signature food ni dah lama masuk dalam pasaran malaysia, sape tak kenal Pizza Hut or Dominos yang mostly paling dikenali orang. Pizza standard mesti ada Base (Dough dia) Sauce (tomato sauce) Topping (ikut suka orang la topping ni) ini standard pizza la. So aku pernah dengar dulu ada orang cite ada pizza dalam cone ala macam dalam aiskrim gitu tapi tak pernah jumpe pon restaurant or booth yang jual. Sekali bila aku jenjalan kat Sunway Pyramid level 1 jumpe la booth Conepizza nie, baru lagi bukak kat situ, memang aku turun la try makan kat situ. 

Kami try yang recommended punye iaitu MEAT MANIA dengan CREAMY CHICKEN, harga dia not bad as for now satu RM6.90 kalau dua RM12.50. Pada aku dengan ingredient dalam pizza ni memang berbaloi la dengan harga tu. Apa yang specialnya pizza dia takde la letak kat flat dough tapi dough yang berbentuk kon dan semua ingredient dia shumbat dalam tu. Rasa conepizza ni sangat sedap sebab benda tu mampat dalam kon kan jadi dapat rasa semua tu blend sekali la, sekali dengan jus dari pizza tu pon ada sekali dalam tu. Mula mula memang susah sikit nak makan sebab tak biasa kan, tanya kat staff dierang, dia kata elok makan panas2 leh rasa time2 cheese tu still melty. Memang betol la cakap dia, cheese mozarella tu dia buat layer2 so setiap gigitan tu akan rasa cheese tu and sangat menggelengkan kepala. Selain dari Conepizza, dierang juga ada sediakan Pasta meals. :)









TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 6.00 - RM14.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
SUNWAY PYRAMID SHOPPING COMPLEX
F1.58First Floor
Contact No : 012-6746236


Wednesday, April 27, 2011

SIMPLY CHICKEN | ONE UTAMA |

Korang suka makan itik tak? Aku kalo diberi pilihan either ayam ataupon itik aku lebih suka makan itik. Bukan ape, pada aku tekstur itik ni lagi sedap jika nak dibanding dengan ayam (bergantung pada cara masak juga). Jadi bila sekali tu dapat jumpe kedai yang memang jual itik ni aku jadi excited and akan terus g mencuba (bergantung pada duit poket haritu la) . Jadi kali ni aku nak bawak korang ke restoran yang terletak dalam OU (ONE UTAMA SHOPPING COMPLEX) wing baru kat G floor, kalau korang perasan tempat dia ni dekat satu row ngan SUBWAY, so korang tgk le directory kat OU tu sebab ada satu SUBWAY je pon. 

Restoran ni baru lagi bukak, lebih mengutamakan menu bersama ayam dan itik takdelah dierang promo habis habis sangat (mungkin tak ramai suka makan itik kot). Jadi masa aku pegi tu memang best le sebab tak ramai orang so dapat food pon cepat. Kami order MARINATED DUCK QUARTER, GIZZARD WITH SOY SAUCE, and CHICKEN RICE satu pinggan. Kuantiti itik tu pada aku quarter dah boleh makan 3 orang sebab banyak, uniknya itik tu dihidang dalam satu bekas dengan sos berempah dia tu, memang sedap sebab dah sebati dengan sos tu yang buat rasa itik tu lagi menyerlah. Dan gizzard (Pedal ayam) pon sedap sebab ni kali pertama rasa dengan kicap cair ngan bijan. Selain dari set ni, dierang on the house bagi kami satu sup ayam ni, sup tu sup herba tapi dah macam dah mix culture sebab rasa cili padi pon kuat dalam sup ni, sangat sangat sedap kot sup tu, Memang sesapa yang tengah selsema memang bagus la rasa sup ni. Selain dari food dia, air dia pon sedap jugak sebab air dia kebanyakannya standard air kat kedai cina, honey lemon, chinese tea dan sebagainya lah, nak tau lebih mai le datang sini :)








TASTE: 4 of 5


PRICE RANGE: RM 8.00 - RM40.00


OVERALL: RECOMMENDED


ADDRESS:
ONE UTAMA SHOPPING COMPLEX
LG328, Lower Ground Floor
0377290026

Thursday, April 21, 2011

GERAI AH KOW | MEDAN SELERA KAMPUNG BARU |

Assalamualaikum semua, mau dekat sebulan aku tak update blog nie, maklumle, aku pon dok repeat makan tempat yang sama manjang, tak dapat lagi tempat baru, ni bila dah ada rajin le nak menaip balik, ok kalini aku nak bawak korang makan nasi ayam, ape yang bestnye nasi ayam ni sampai nak post pasal nasi ayam kan? specialnya nasi ayam ni terletak pada ayamnya sebab ayam dia disalut dengan bijan yang rangup membuatkan ayam tu rangup diluar dan sangatlah juicy didalam. 

Kedai ni letaknya dekat medan selera kampung baru yang dekat ngan hospital KL tu, dia kedai paling hujung dan paling senang nak nampak la sebab ramai je orang makan situ hari hari. Apa yang bestnya lagi kedai ni pemilik dia cina dan jangan risau kedai ni ada cert halal. Kedai dia ni offer typical chinese punya makanan harian macam mi kicap dengan fishball, ada wantan soup, and paling utama nasi ayam dia lah yang jadi tarikan. Disini pon ada suatu yang menjadi tarikan dia iaitu air mata kucing dia, memang sangat terbaik and sangat pekat dicampur dengan herba herba untuk menyejukkan badan gitu. 

Ok, masa kami order nasi ayam tu macam biasa kita leh pilih nak bahagian mana, ada satu lagi jenis ayam dia offer which is roasted, tapi orang lebih tumpu kat ayam bijan dia, jadi kami pon start la makan, nasi ayam tu memang sedap sebab masak dengan air stok ayam tu and stok yang sama pon dierang buat jadi sup dan sup dia sangat clear, takde minyak pon macam nasi ayam kebanyakannya.  Keserasian nasi ayam dengan ayam bijan dia lagi best bila makan dengan sos bawang putih dia yang cukup pedas dan sangat segar sebab ada masukkan jus limau dalam sos dia.  Overall aku leh cakap kedai ni sangat lah berpuas hati. :)







TASTE: 4 of 5

PRICE RANGE: RM 5.00 - 8.00

OVERALL: RECOMMENDED

ADDRESS:
No.2 Medan Selera
Lorong Raja Muda
Kampung Baru
Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...