Tuesday, November 30, 2010

PASTA de GOHAN |SUNWAY PYRAMID|

Kalau sesiapa yang selalu pegi SUNWAY PYRAMID, korang pernah nampak tak kat G floor ada satu kedai makan dekat ngan J.Co dia display pasta2 kat dinding dia?ahahaha...kalau korang penggemar PASTA yang TEGAR, korang patut try kedai ni, sebab apa?sebab dierang buat perubahan pada rasa food dierang, biasanyea pasta kita kaitkan dengan Italian style, tapi dierang bawak budaya JEPON dalam menu dierang.  Pada aku resepi dierang memang berjaya la, FUSION dierang memang buatkan kita nak makan japanese food in the same time nak makan italian dish. Dierang ada set menu, SATU MAIN DISH (PASTA OR NASI) then side dish (PIZZA) , and SOUP (with garlic bread). Owh, Garlic bread pon dierang buat ikut taste japanese food, memang sedap dengan luar roti rangup n then dalam isi lembut memang buat kita geleng kepala la!~ Pasta dish dierang memang cemerlang, cukup cukup masak je pasta dia and offkoz portion wise memang cukup utk makan dengan harga yang dierang offer as set dinner tu ada la dalam 29.90MYR sorang. Ok what dengan set gitu, owh air kira asing yea, standard la ada air teh hijau, and then the rest sama je cam restoran lain, overall makan kat sini memang puas ati la :)


FOod Display

Octopus with macha(green tea) cream sauce

Cream Soup with garlic

Garlic Bread

Beef with Sesame Sauce

Chicken and mushromm Pizza

Potato Mentai Pizza Toast

Set Menu

Dapat tisu basah :P

Promo pon ada :)

Unagi


FOOD: ****
PRICE: ***
PRICE RANGE: RM 12.00 - RM 35.00

Sunday, November 28, 2010

CHILIS GRILL & BAR |ONE UTAMA|

Korang nak makan western yang cam kat uptown tapi up sikit? well korang leh cube makan kat CHILIS ni, kali ni aku nak buat perbandingan sikit dengan TONY ROMAS (TR)  as dierang ada konsep yang sama iaitu STEAK HOUSE. Well , lokasi kat Ou lak kali ni, masuk je kedai memang cozy and sampai tahap beku pon ada, memang sejuk betul la, so, kami pon order ikut kehendak masing2 dengan masing masing berlainan menu, breast chicken portobello mushroom, grilled lamb, lambshank, air masing2 ambik softdrink. Kalau ikut price memang tak lari jauh sangat ngan TR, the best part is air free flow, so takde la terasa nak kene bayar lebih lagi if air dah habes cepat kan.ahah, so dalam masa 15minit semua food dah atas table, service agak pantas, portion wise almost the same as TR, but cooking method agak tingtong, kiterang mintak grilled lamb tu medium tapi sekali sampai dah done, agak kenyal nak makan tapi kami redah jugak, if kat TR memang terbaik la steak and also lamb pon sama gak, cukup lembut. then ayam pulak, dierang serve breast meat, TOO DRY bak kata ikien, coz memang dry pon, dierang masak lama sangat sampai ayam tu dah kering sangat, dah le dada ayam, kering lak, memang muak la. Lastly lambshank, ni pada aku portion memang besar tapi sama gak cooking method out, bukan main liat lagi, sama cam g makan sup gearbox lagi lembut pada aku. OVERALL pada aku if diberi pilihan antara TONY ROMAS n CHILIS ni aku akan pilih TONY ROMAS, lengkap pada aku :)








FOOD: ***
PRICE: *****
PRICE RANGE: RM 19.00 - RM 80.00

Saturday, November 27, 2010

KP CENDOL |KUALA PILAH|

CENDOL= santan+gula melaka+ais ni yang basic kalo kita dok cite pasal cendol, bayangkan panas panas kat luar tu dengan tekak kering, memang kita dok teringat benda benda yang sejuk je utk basahkan tekak kita yea dak? Kebetulan minggu lepas aku berkesempatan ke selatan tanah air ke FELDA LuI, so lalu la kat area kolo pilah ni ha. Dalam perjalanan balik tu naqib ada cadangkan makan cendol kat bus station kuala pilah, dia kata memang sedap la cendol kat situ. Jadi dengan pantas kami roger ke bus station tu. Memang ramai ngan orang massa kitarang pegi, rezeki kami lah sebab kiterang adalah customer last uncle tu utk hari tu sebab dah abeh :) lega dapat gak rasa. Apa lainnye cendol KP ni?first gula dierang pekat and cukup manis, dan rasa cendol dia takde rasa kapur, ni yang buat bila kita makan tu takde la rasa kering tekak tu and mual bila makan. Masa ni kami try cendol jagung and cendol kacang merah. Dua2 best and sama likatnya.  Aku cadangkan if korang berkesempatan ke kolo pilah singgah singgah la bus station KP ni. Berbaloi :)






FOOD: ****
PRICE: *
PRICE RANGE: RM 1.50 - RM 2.50

Friday, November 26, 2010

SHIMINO JAPANESE CREPES |ONE UTAMA|

DESSERTS ATTACK! korang mencari deserts yang unik dan sedap? dua hari lepas aku ke OU and jalan jalan level 3 (GSC WING BARU) ada pulak satu booth ni bukan main terang lagi kedai dia, siap ada food display lagi. Ni kedai SHIMINO JAPANESE CREPES memang terbaik. Ada ala ala cam HOT&ROLL, dierang base gune crepes, something cam lempeng la bagi orang kita nie. Senang cite kombinasi lempeng+whipcream+fruits+icecream dalam satu kon :) memang nikmat la makan dessert cam ni. Benda ni punye crepes memang lembut and tak senang koyak as kalo tercucuk ngan sudu ke ape. Antara dessert yang buatkan aku stim bila makan la. Rasa sekali nak lagi :)

Longan Chocolate

Longan Chocolate Zoom in

Size besar






FOOD: *****
PRICE: ***
PRICE RANGE: RM 6.00 - RM 10.00

Wednesday, November 24, 2010

PERANAKAN PLACE |ONE UTAMA|

Korang mencari makanan kaum baba dan nyonya? Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.
Kedai yang kiterang pegi kali ni kat One Utama Damansara, kalau nampak dari luar memang restoran ni nampak macam terlalu mahal untuk masuk, tapi tak sebenarnyea, bila masuk je dalam restoran ni dah rasa cam berada kat melaka kat dalam rumah kaum baba dan nyonya pulak, dengan menu yang variasi, main dish dia tertumpu kat ala-carte, memang banyak untuk yang nak makan lauk hidang,  n tak kurang hebatnye set dish n goreng-oreng dia pon macam best. Tapi tak best if tak rasa signature dish dia kan, so, kitarang pilih food yang recommended by chef kat restoran tu la. NYONYA LAKSA-kuah berlemak santan dan isi udang yang segar n tauhu memang tangkap geleng kepala makan lah!. NYONYA BIHUN- ala2 bihun goreng tapi jenis basah sebab ada berkuah sup sayur, and BEEF KUEYTEOW-yang ni terbaik, ada rasa halia yang kuat dan kuah yang secukup rasa memang sesuai makan sekali ngan kueyteow, SODAP, lepas makan main dish, kami cube pulak sago gula melaka dia, ini memang pelengkap hidup, dengan santan pekat n rasa gula melaka yang wangi memang boleh buat kita geleng kepala lah! ahahahahaha....




NYONYA LAKSA

NYONYA BIHUN

BEEF KUEYTEOW


FOOD: *****
PRICE: ****
PRICE RANGE: RM 8.00 - RM 12.00

PERANAKAN PLACE |ONE UTAMA|

Sunday, November 21, 2010

MILANO |ONE UTAMA|


Anyone with Italian cuisine? ambik yang paling simple sekali food dia s pasta (spegethi) or pizza dierang memang membawa negara dierang dikenali la kan :) so, tetibe plak aku time ni aku tingin sangat nak makan pasta base ni, memang takde tempat lain yang best and affordable takat ni dapat menandingi MILANO kat OU (one utama) ni, branch dia ada gak kat KLCC food court, masa aku pegi nie aku makan cabonara meat ball n ikien makan olio olio, and satu pepperoni pizza.  kalau dibandingkan dengan harga RM8.00-RM10.00 n makan pasta kita mesti ingat sikit, tapi sekali die datang portion dia besar and puas ati sebab tak kedekut sauce. penuh pinggan dengan sauce and ingredient wise memang puas ati. Speciality kedai ni lagi satu pizza dia, dough dierang buat on the spot and topping pizza memang tak kedekut and sangat sedap. Ni bagi korang yang nak lari dari typical makan kat pizzahut je, try makan piza dierang, terangkat jugak la.:)

Selain dari food yang sodap, service level yang baik dan juga turnover yang tinggi buatkan kedai ni punye revenue memang terbaik and menjadi port utk penggemar penggemar signature italian dish ni menikmati hidangan ditahap max.

meatball cabonara

olio olio 

pepperoni n cheese

 pepperoni n cheese

FOOD: *****
PRICE: ****
PRICE RANGE: RM 8.00 - RM 12.00

Thursday, November 04, 2010

NASI AYAM FUZIAH BAZAR BULAT | IPOH |

Bazar bulat adalah syurga membeli belah selain di SUPER KINTA sekitar tahun 80an, bazar bulat diberi nama sebab memang bentuk dia bulat pon,tapi tapak ni dah pun dirobohkan, tak tau kenapa, maybe sebab orang dah tak pegi situ kot, orang kesana pon dulu sebab ada kedai nasi ayam kat dalam tu yang buat orang tertarik utk kesana lagi, tapi maklumlah, bila dah roboh abeh le kedai tu pun dah takde la. Semalam aku n family terjumpe balik kedai tu kat area situ gak la...jumpa balik nasi ayam yang sedap suatu ketika dulu, memang mengimbau kenangan lalu la...hehhehe, bila masuk je kat dalam kedai tu bau nasi dia memang kuat la, tau tau je la bau nasi ayam kan memang sodap, so aku order le nasi ayam dia, memang tak ubah rasa nasi n ayam goreng dia tu...just sos kicap n cili dia cair sikit tapi rasa tu masih lagi ada la...ehhehhehe...overall puas hati la makan situ, takdelah susah sangat nak cadangkan tempat makan kat kawan kawan kalo datang ipoh :)






FOOD: ****
PRICE: ***
PRICE RANGE: RM 4.50 / NASI AYAM

Wednesday, November 03, 2010

TONY ROMAS |MID VALEY|

Harini aku nak sembang pasal satu lagi steakhouse yang terbaek aku ada pegi dulu la. Kena la pon dengan harga dierang kan. So TOny ROmas (TR) punye signature dish mostly is daging la, jadi bagi penggemar daging dan juga spesis karnivor sinilah tempat yang paling sesuai. Ayat yang aku leh describe pasal TR ni ialah dierang ni sungguh pandai dalam menghargai bahan mentah dierang, kenapa aku cakap camtu? sebab cara dierang masak daging dierang sangat terbaek!! tender and juicy and portion yang cukup utk seseorang tu makan..  Specialty kat tempat ni ialah spare ribs dia.. memang terbaek la, daging lembu tu hanya tolak ngan garpu je pon dah terkopek, dengan sos BBQ special dierang membuatkan ribs tu betul betul sempurna, kira cam tak sia sia korbankan seekor lembu utk buat hidangan yang sedap camtu. Bukan takat food dierang je yang terbaik, even service oleh staff kat situ pon first class, dierang tak kenal erti double standard, and masa aku pegi ni dierang memang ada sediakan kain alas kat kiterang, tapi aku letak kat area tengkuk aku jadi..so jadi pelik la kan, dierang ni alert and terus bagi aku yang memang standard utk kat bahgian dada tu....puas hati la, memang berbaloi bayar service charge dengan service yang terbaik. 

 SOup of the day

Prawn Cocktail 

 Ribs terbaik!

Chicken grilled 

Steak Medium cooked 

Ribs lagi 

 Kami :)

Tisu basah pon disediakan 

Free Flow drinks

So overall Tony Romas ni sesuai la kalau nak pegi untuk special occasion atau nak try steak yang halal sebab ada je steakhouse yang tak halal cam Victoria Station tu kan..so bagi nak menikmati steak ditahap maksima, mari ke sini ler. Harga mahal n akan berpuas hati punyea :)

FOOD: *****
PRICE: *****
PRICE RANGE: RM40-RM60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...