Tuesday, May 28, 2013

JUST LIKE IT! | ONE UTAMA DAMANSARA |

Dessert attack!!!! Ok malam malam mcm ni since game Pahang Vs JDT dah ditangguhkan, rasa macam sesuai lak jika kita plan makan something yang sejuk dan sedap untuk siang hari mahupun malam hari la. Sekarang ni makin lama makin banyak konsep dessert yang ada dipasaran sekarang, tapi yang menariknya yang ni adalah cara dierang buat ice cream kat sini dengan menggunakan Nitrogen untuk membekukan liquid dan membentuk ice cream. Tempat yang dimaksudkan adalah JUST LIKE IT!, unik dengan namanya, memang unik jugaklah dengan penghasilannya dan mampu menarik minat orang untuk tengok cara dierang buat.
 

Memang ramai orang yang nengok sebab masa ni baru 2hari dierang bukak tempat ni and memang ramai yang macam takut nak cuba sebab tengok asap yang keluar dari mixer tu sangat menakutkan, dengan chef2nya pakai baju makmal sains lagi, memang sesuatu yang unik dan menarik perhatian orang. Kalau korang perasan, dierang display gak tong Nitrogen yang digunakan untuk menyediakan dessert kat sini.


Ni menu yang disediakan buat masa ni, so banyak sangat pilihannya, aku mintak pendapat owner kedai and dia cakap better try Durian+Durian so aku pon order la durian durian.

 

Jug yang digunakan untuk nitrogen tu, memang totally beku and boleh dipegang ok tapi yang kat luar luar jug tu je la, x digalakkan mencelup tangan didalam jug takut tangan keras la pulak.




Ok ketiga tiga gambar tu proses dierang buat ice cream tu, dierang bancung liquid item and then masuk dalam mixer, kemudian masukkan nitrogen tu sikit sikit sampai ice cream tu keras. Ada video untuk tontonan umum.


 

Inilah hasilnya!!! Ice cream yang sangat sedap. Texture ice cream sangat smooth dan rasa durian yang sangat kuat membuatkan penggemar durian akan geleng kepala bila makan ni!! Selain dari flavor nie, perasan gak customer dok order Tropicana+mango! maybe flavor tu pon sedap, korang patut try and bagi pendapat anda disini :)

TASTE: 4 of 5
PRICE RANGE: RM7- RM12
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: One Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama PJ, Bandar Utama 47800 (betol betol depan GSC NEW WING)

Monday, May 27, 2013

JANG-GUN KOREAN BUFFET RESTAURANT |FAHRENHEIT 88-KL|

K-Pop melanda foodt8ge kalini!!!!!Dengan pasaran K-Pop yang melanda Malaysia sekarang ni, ade jugak restoran2 keluar dengan food2 ala ala korea dan secara tak langsung korean cuisine pun terus bercambah bak cendawan ha gitu. Korang mungkin peminat BigBang, Shinee, 2ne1, Super Junior, dan sebagainye lah, korang ada pernah terpikir nak merasa makan makanan yang dierang ni makan? Meh serbu Jang-Gun Korean Buffet Restaurant kat Fahrenheit Bukit Bintang nie, memang sangat fantastic baby!!


Name pon korean restaurant, mesti le makanan makanannye pon korean base kan, tapi takde la 100% food korea sebab kalau semua korean food takut tak lalu, ada gak makanan jepun dihidangkan kat sini. Bila sampai di restoran ni terus pelayan akan menghidangkan sup herba dari korea sebagai tanda selamat datang.


Antara signature food kat sini adalah grill item dia, boleh pilih dari kambing, lembu, itik, ayam dan seafood yang boleh korang bagi kat mamat bawah ni grill untuk korang dan boleh request nak half cook or what untuk daging daging. Grill item dia bukan takat grill bodoh je tapi dimasak sekali dengan sos dari korea yang sangat sedap dan padan dengan protein kat sini.

 



Ha ini hasilnya, memang terbaik la cakap kat korang, aku cadangkan korang mintak dierang grill daging tu medium je, sebab memang sangat lembut dan sangat sedap dan korang leh bagi dierang grill banyak banyak sampai bengkak tangan dierang.


Ni ambik first round aje, ada japchae, ddeokbokki, kimchi fried rice, dan yang sangat menarik perhatian aku adalah free flow shashimi, memang terbaik la kan ikan salmon segar dan dierang tak potong banyak banyak sekali jalan, ini akan memastikan kesegaran salmon tu terjamin. Kalau korang perasan ada gak udang tempura, sayur sayur dierang buat tempura pon ada.





Jalan jalan cari makan pon dah sampai sini rupenye, ini aku rasa first time aku agree dengan suggestion JJCM yang tempat makan dierang cakap tu sedap. Memang terbaik. Dengan harga RM70.30 nett seorang, memang sangat berbaloi makan kat sini. Tapi masa aku g makan ni, aku cek kat groupon sebab kat situ rajin bagi murah makan kat sini, so rajin rajin la korang tengok kat situ gak :) Ok, lepas korang dah makan korean food ni barulah officially korang jadi K-Pop stars!

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM50-RM71
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: Lot G1 27 01-04, Ground Floor, Fahrenheit 88 Shopping Centre, 55100 KL

Wednesday, May 22, 2013

WARUNG A ONE FAMILY | KAMPUNG KUALA SG.PINANG |

Bila kita pegi penang, makanan yang akan selalu dok dalam kepala kita mesti nasi kandar, dan yang selalunye femes macam Nasi Kandar Beratur, Nasi kandar line clear,pasemboq dan sebagainye la kan. Tapi if breakfast takkan dah melantak nasi mamak kot kan? Jadi kebetulan masa pegi penang ritu, saje drive ikut balik pulau melalui feringghi, memang pagi pagi best la ikut sini..ikut jalan yang sempit dan sejuk je kat atas tu, pastikan anda isi minyak sebelum melalui jalan tu sebab takde petrol station pon situ. Ok, lepas je lalu kat balik pulau tu, lalu la kat satu kampung nie, Kampung Kuala Sg. Pinang, tetiba rasa lapar nampak satu gerai roti canai melayu ramai orang dok beratur, tertarik dengan keadaan tu terus parking and nampak something pelik, ROTI JAMBUL, ha ini something new for me la. Mari kita terjah!




Gerai yang simple, macam kedai makan pagi kampung kampung, ada nasi lemak bungkus, kuih muih dan roti  canai dan roti roti yang pelbagai la.  Tengok le ramai orang buat kita nak turun sekali join.




Ok, ini yang menarik perhatian tu, roti jambul, macam roti tampal, cuma roti tampal tu telur dia dah masak betul, lain dengan roti jambul, telur kuning tu masih lagi lembik dan bergoyang goyang, itu la kot maksud dia dengan jambul tu! Tapi memang terbaik la dengan roti yang lembut dan panas, ada pulak telur kuning tu, memang menambahkan sedap roti tu.




Baru cucuk sikit dah pecah dah tu, memang abang yang buat roti ni pembuat roti tegar la sebab leh jaga telur ni dari pecah. Ada video sikit time pecahkan dara roti jambul ni :)




Dan pelengkap kepada roti ni mesti ada kari, dan tak lengkapla ke warung kopi kampung dengan gulai daging, rasa gulai dia biasa saje, tapi bila sampai mood kat kampung ni jadi sedap makan dengan roti dia, lain dari kari mamak, kita panggil ni kari gulai melayu. So dapat le kita lari sikit dari kebiasaan makan roti dan gulai mamak yea dak?


Jadi kesudahan kat warung ni kita pekena teh tarik dulu, lengkap sarapan kat penang ni, if korang datang penang keluar la pagi pagi dari hotel, ikut jalan balik pulau pasti korang jumpe warung ni. Terbaik :)

TASTE: 3 of 5
PRICE RANGE: RM2-RM6
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Jalan Fatimah Hassan, Kampung Kuala Sg. Pinang

FIERCE CURRY HOUSE |BANGSAR|

FIERCE BRIYANI!!! Nama pon dah garang jadi apa yang kita expect dari restoran yang guna nama yang agak garang ni kan selain dari makanan yang menyelerakan dan sedap. Bagi mereka yang gemarkan food dari India terutamanya Briyani, jangan lepaskan peluang untuk menikmati nasi briyani dari Restoran Fierce Curry House
 

Nasi Briyani yang dimaksudkan adalah Hyderabad Dum Briyani, ada option ayam (RM15) ataupon kambing (RM18). Yang specialnya, nasi tu dikukus sekali dengan lauk dalam periuk kecil dan ditutup rapi dengan tepung capati, ini bagi memastikan semua rasa dan moisture tu ada dalam nasi dia. Pada mula ingat nasi dia sikit, sekali dok tuang dalam pinggan, kenyang sampai malam. 


Keluasan restoran dan sentiasa sejuk je memang buat kita rasa selesa dalam ni cuma kengkadang tu rasa pelik dengan konsep restoran ni, gambar didinding melambangkan india, tapi ada replika kapal portugeis, pastu background music lagu ala ala Caribbean gitu, tapi takpelah, sebab food sedap semua tu tak kisah sangat.


Ok, ini set nasi Briyani kambing dia, kalau kambing dia ada tanda merah, kalau ayam plain aje dan dihidang dengan rassam, kari, dan sayur. Kalau boleh masa dierang hantar nasi ni, mintak tolong dierang tonggengkan dalam pinggan sebab mangkuk tu sangat panas. Ini ada video cara bukak mangkuk tersebut:




Inilah hasilnya, memang banyak nasi dia dan kambing tu pon banyak, macam aku cakap tadi, food nie memang akan mengenyangkan sesape saje yang berani menyantapnya. Dihidangkan dengan side kari sayur dan rassam, memang lengkap la and agak pedas sedikit, bagi mereka yang suka pedas rasanya takde masalah dengan food ni.


Selain dari Nasi Briyani dia, Roti Nutella (RM10) adalah signature dessert Restoran Fierce Curry House nie. Walaupon harga dia agak mahal, tetapi sangat berbaloi, coklat nutella dia tak kedekut, bukan main banyak lagi, dan dough roti tu lak sangat lembut, sesuai dimakan lepas bertempur dengan Briyani yang pedas tu.


Kenelah dengan ayat dia, "weight loss can wait", sebab kat sini makan je takyah nak ingat berat badan sangat sebab food dia memang terbaik. Selain dari briyani restoran ni ada gak nasi daun pisang dengan set bermula dari RM6, roti canai, capati...dan kebanyakan food dari restoran india akan ada la. Secara keseluruhan, MESTI CUBA!

TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM6 - RM30
OVERALL:  RECOMMENDED
ADRESS: 16, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...