Assalamualaikum semua,
Kali ni kita mulakan tahun 2013 dengan senyuman yang manis, jadi kali ni aku share untuk mereka yang sangat gilakan coklat, pada aku ini restaurant dessert yang mampu buat kita semua tersenyum dan puas hati.
Restoran yang saya maksudkan adalah Dip N Dip terletak di Bangsar Jalan Telawi 3, tak susah nak cari sedap betol betol terletak dihadapan Bank Alliance. Masuk je restoran ni memang suasana yang sangat best dan selesa. Jadi ini antara yang kami order, Brownies Crepe, Chocolate Waffle, Fondant, dan earl grey tea serta selingan air mineral.
Dari segi menu senang nak faham, sangat straight forward, jadi takde masalah nak memilih menu dalam ni dan menu dia bergambar jugak bagi first timer yang tak tau nak order ape kan, kalo dok nengok gambor cantik tu, ha order je la kan.
Ok, ini antara tarikan utama Dip n Dip ni dan memang layak la pon, ini Brownies Crepe (RM28.50) yang brownies tu dibalut dengan crepe, pehtu dimandikan dengan 3 jenis chocolate, white chocolate, dark chocolate dan milk chocolate, crepe yang lembut dan rasa brownies yang sangat sedap dan disulami dengan layer chocolate tu, memang terbaik la kombinasi dia.
Tu tengok isi dalam Brownies Crepe tu, memang terbaik la weh, memang worth it la harga yang dia letak, penuh kot coklat dia.
Ok, yang ni lak Chocolate Waffle (RM17.00) lapisan milk chocolate kat waffle lembut yang dibuat cook to order ni sangat memuaskan hati. Yang ni pada aku biasa je, takde wow factor pon, tapi still sedap.
Selain daripada Brownies Crepe yang sangat sedap tu, ini pon lagi satu yang mampu menggugat diet anda semua, nama dia Fondant (RM13.50) Chocolate cake ala volcano ni sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sedap dan aku anggap yang ni sebagai "EVIL" sebab kombinasi cake, chocolate yang panas, dan sekali hidang dengan ice cream vanila ni sangat ngam.
Bila potong je cake ni terus mengalir keluar je chocolate tu, pergh!!!memang terbaik, nasihat aku bila makan cake ni korang combine cake, coklat cair tu dan ice cream sekali, masuk satu kali dalam mulut, memang sedap dan puas hati. Ini antara dessert yang paling sedap aku pernah makan (buat masa ni la).
Walaupon mengambil masa lebih kurang 20-25minit untuk Fondant ni, tetapi sangat la berbaloi menunggu.
Nasihat aku kalau nak makan sini, order la air panas ataupon air mineral yang banyak sebab kelikatan coklat mampu membuatkan anda muak. Sangat puas hati, sila datang sini :)
TASTE: 5 of 5
PRICE RANGE: RM15 - RM100
OVERALL: RECOMMENDED
ADRESS: Jalan Telawi 3, bangsar
Best bye...be tgk org mkn..gugwl jmpe plak blog ni...
ReplyDelete