Sekarang ni kalau kita perasan kedai makan ada dimana2 saja kan?Tinggal cari mana yang berkenan,ada duit,order lah apa kau nak makan then siap makan tinggal je tak perlu basuh2 pinggan apa semua macam dekat rumah.Tapi persoalannya disini, adakah semua kedai makan itu bersih dan halal?
Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Jadi berapa konfiden kita dengan kedai makan diluar sana yang mengamalkan semua ni? Bukan ape sebab kengkadang tu bukan aku nak burukkan orang sebab aku pon kengkadang main langgar je makan kedai makan cina yang takde logo halal tapi sbab akak yang masak tu pakai tudung and ada orang kita dok makan kat situ je aku pon masukkan diri je lah, jadi secara sopan santunnya kita sepatutnya kene pastikan yang restoran atau warung yang kita nak singgah tu ada logo ni, cheeeeewah.
Okey next,macamana pula nak detect restoran yang bersih atau tidak.Sekarang sangatlah susah nak mencari restoran yang bersih. Yang kotornya bersepah2, jadi macamana nak tau restoran ni baik ke idak,
Cek tandas didalam restoran mereka.
Kenapa tandas? kita datang nak makan bukan nak lepaskan hajat.Okey,the reason aku cakap toilet sebab kalaulah toilet mereka pun mereka tak jaga, apatah lagi masakan mereka? tak mustahilkan makanan mereka pun kotor. Kalau toilet pun bersih dan terjaga, kan nampak diarang ni pembersih dan insyaallah penyediaan makanan pon terjamin :)
Order air kosong.
Kenapa aku cakap order air kosong?sebab dari situ kita boleh detect 2 perkara dari restoran tersebut iaitu:
- Kita nak tengok tahap kepantasan servis restoran tu, kalau sediakan air kosong yang paling mudah pon lembab maknanya servis level teruk dan korang leh espect kalau order air milo ke air jus buah ke berapa lama lak nak tunggu.
- Kebersihan cawan jugak dapat menentukan kebersihan peralatan lain kat restoran tu, Dengan air kosong kan clear boleh nampak segala baik buruk cawan tu, kalau ada bende bende cokelet ke, bau sabun ke air tu, dah leh blah dah dari kedai tu :)
Sekarang ni memang susah nak cari kedai makan yang memenuhi segala speks yang positif untuk kita hadamkan dalam perut kita, tapi kita juga sebagai pengguna mempunyai hak dalam memilih kedai mana nak masuk dan mana taknak masuk, bukan susah pon, kita cuma kena pastikan status halalnyea dan jugak kebersihan je sebab kalo tak bersih nanti saket perot pulok, cirit cirit kan susah nanti, jadi lebih baiklah kita sediakan payung sebelum hujan. :)
Tips untuk semua :D
hmm..tak terfikir lak tntg ni semua.. :)
ReplyDeletetp sy pernh dgr org kata....kalau nk tau seseorang itu pembersih atau tidak..kena tgk tandas rumahnya...kira sama la kan teori dgn kedai makan ni.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW : CITRA HATI ALIESHA KIRANA
good tipss!yg susahnya bila kedai yg ada logo halal pun belum tentu halal.rasa macam tak selamat langsung!
ReplyDeleteahaha..itu le pasal..tapi atleast bila ada logo halal tu kita takde la nak rasa was was sangat kan.. :D
ReplyDelete